Perang Saraf Antara Kelantan Dan Selangor Menjelang Perlawanan Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 28 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perang psikologi menjelang perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam malam Sabtu terus hangat dengan Kelantan dan Selangor saling menuding jari kepada lawan sebagai pasukan pilihan.

Menonjolkan rasa rendah diri namun sebalik jauh di hati kecil, kedua-dua pasukan itu sebenarnya tersimpan keazaman tinggi untuk membawa pulang Piala Sultan Ahmad Shah.

Kelantan, selaku juara Piala Malaysia musim lepas, mahu menjuarai piala pembuka tirai musim Liga Malaysia buat julung kali manakala Selangor berazam mengekalkan piala sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Bagaimanapun, persiapan Kelantan untuk mencapai kejayaan malam Sabtu agak terjejas apabila tiga pemain utamanya masih belum pulih dari kecederaan.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, berkata S. Chanthuru dan S. Subramaniam tidak dapat diturunkan manakala nasib Norshahrul Idlan Talaha belum dapat dipastikan.

"Walaupun ada pemain boleh mengambil alih posisi pemain yang cedera itu namun mereka memiliki keistimewaan tersendiri untuk menembus benteng pertahanan lawan," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Berdasarkan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan itu musim lepas, kelebihan masih berpihak kepada Kelantan kerana telah seri tiga kali dan menang sekali.

Azman berkata walaupun tanpa tiga pemain handalan itu, pasukan itu mampu membuat kejutan dengan berkat sokongan penyokong Kelantan.

Mengenai jurulatih baru Datuk M. Karathu, katanya, motivasi dan komitmen pemain masih berada dalam tahap terbaik walaupun dengan pertukaran jurulatih.

Karathu dilantik sebagai ketua jurulatih Kelantan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menolak rayuan B. Sathianathan terhadap hukuman penggantungan selama enam bulan kerana mengkritik jadual perlawanan musim lepas.

Dalam pada itu, jurulatih Selangor, K. Devan tidak menganggap pertemuan itu sebagai mudah ekoran ketiadaan tiga pemain utama pasukan lawan.

Sebaliknya, katanya, anak buahnya tetap berhati-hati dan tidak leka untuk mengekalkan gelaran itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Affandi Hamzah berkata selain piala utama, pemain terbaik perlawanan akhir juga akan menerima anugerah. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan