suria

Mahadzer Dan Steffi Dinobat Sebagai Olahragawan Dan Olahragawati MAKSAK 2010

PUTRAJAYA: Pemain sepak takraw Mahadzer Mokhtar dari Pulau Pinang dan pemain futsal Selangor, Steffi Sarge Kaur masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2010 di sini malam Jumaat.

Selain itu, Raja Bina Badan negara, Sazali Abdul Samad dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penembak negara Nur Suryani Mohd Taibi dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masing-masing memenangi Anugerah Khas MAKSAK.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada majlis itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Sementara itu, Selangor diisytiharkan sebagai pemenang keseluruhan MAKSAK 2010 diikuti naib juara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis anugerah itu adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada penjawat awam yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang sukan bukan sahaja di peringkat MAKSAK tetapi juga di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain