suria

Guardini Kembali Kuasai Podium Peringkat Keenam

PUTRAJAYA: Pelumba Itali, Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini-Neri Sotttoli (FAR) sekali lagi menaiki podium sebagai pemenang peringkat keenam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Rawang ke Putrajaya, Jumaat.

Guardini menamatkan perlumbaan dalam masa sejauh 106.7 kilometer ini dalam masa 2 jam 14 minit 59 saat.

Walau bagaimanapun pemenang peringkat pertama dan kedua ini gagal mengekalkan gelaran Raja Pecut (Jersi Biru) apabila pakar pecut negara, Anuar Manan dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) mengutip mata penuh pada zon pecut pertama (Ulu Klang) sekali gus mendahului satu mata keseluruhan (70 mata).

"Perasaan gembira kerana sekali lagi berjaya menjadi pemenang peringkat ini dengan mendahului pelumba-pelumba lain. Saingan ini bukan mudah kerana semua pelumba melakukan pecutan, namun rakan sepasukan saya, Takashi Miyazawa telah membantu menarik saya ke depan 8 km sebelum ke garisan penamat.

"Walaupun gagal untuk terus menyimpan Jersi Biru dengan Anuar kelebihan satu mata, tetapi saya yakin akan kembali mengejarnya pada perlumbaan seterusnya," katanya selepas tamat perlumbaan.

Tempat kedua bagi perlumbaan peringkat ini diraih Anuar Manan, manakala tempat ketiga oleh Miyazawa. Bagi kategori pelumba terbaik keseluruhan, Jersi Kuning masih dipegang oleh pelumba Le Tua Cycling Team (L2A), Libardo Nino Corredor ( 18 j 14"45") dengan kelebihan dua saat mendahului Jonnatha Monsalve dari pasukan Androni Giocattoli (AND).

Bagi kategori Terbaik Asia (Jersi Putih), Rahim Emami dari Azad University Team (UIA) masih mendahului pelumba-pelumba Asia yang lain dengan catatan masa keseluruhan 18 j 15'07".

Gelaran Raja Bukit (Jersi Merah ) dipegang kemas oleh Monsalve dengan 45 mata keseluruhan.

Selain itu, tiga pelumba pasukan Malaysia, Mohd Nur Rizuan Zainal berjaya menamatkan saingan dalam kedudukan ke-10, Ahmad Fakhrullah Alias (ke-16) dan Amir Mustafa Rusli berada di kedudukan ke-19.

Bagi pasukan terbaik keseluruhan, skuad Azad University Cycling Team (UIA) berada di tempat pertama, diikuti pasukan Tabriz Petrochemichal Team (TPT) dan ketiga Chipotle Development Team (CDT).

Pasukan Asia Terbaik pula diketuai pasukanUIA, kedua Max Success Sports Cycling Team (MSS) dan ketiga TPT. Perlumbaan peringkat ketujuh LTdL akan diteruskan, Sabtu dari Banting ke Tampin dengan jarak 149km.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain