Litar Sepang Jadi Hos Ujian Rasmi Pertama MotoGP 2011

Diterbitkan: Khamis, 27 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas lama menunggu, kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) akan kembali beraksi minggu depan yang menyaksikan pelumba terbaik dunia berhimpun di litar Sepang untuk ujian rasmi pertama tahun ini selama tiga tahun mulai 1 Februari.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata kali terakhir para pelumba MotoGP menguji motosikal mereka ialah pada November lalu di Valencia, Sepanyol selepas perlumbaan akhir 2010.

"MotoGP akan kembli dan akan mula beraksi di Sepang. Dan, musim baru nampaknya akan menjadi paling menarik sekali," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Khamis.

Beliau berkata oleh kerana ujian tidak boleh dijalankan sehingga 31 Januari, para peminat berpeluang berjumpa idola mereka semula di atas motosikal mereka di litar Sepang, Selasa ini.

"Buat pertama kali, ada Valentino Rossi dengan pasukan Ducati, Casey Stoner dengan Repsol Honda yang berpadu tenaga dengan Dani Pedrosa dan Andrea Dovizioso, Ben Spies mengambil alih daripada Rossi di Factory Yamaha Racing.

"Kesemuanya juara dunia yang berpotensi tahun ini dan mampu mencabar juara dunia pada masa ini, Jorge Lorenzo," kata Razlan.

Ahmad Razlan berkata bagi ujian itu, SIC akan membuka tempat duduk utama bagi para peminat untuk datang dan melihat idola mereka beraksi.

"Tidak ada sebarang caj dan sebagai tambahan, para peminat berpeluang untuk membeli tiket yang diberi diskaun. Para peminat juga boleh mendapatkan baju t eksklusif 'Bye Bye Baby' Rossi di gerai-gerai jualan," katanya.

Sementara para pelumba MotoGP mempunyai dua kali sesi tiga hari di Sepang awal Februari dan pelumba yang lain pula mulai 22 hingga 24 Februari, para pelumba Moto2 dan 125cc pula akan menjalani ujian di Sepanyol dengan kali pertama bagi tiga sesi akan diadakan di Valencia mulai 10 hingga 12 Februari.

Para pelumbaMotoGP akan menjalani sesi ujian ketiga dan terakhir pra musim pada 13 dan 14 Mac di Losail, Qatar sebelum memasuki 18 pusingan persaingan kejohanan dunia yang akan bermula pada 20 Mac di Grand Prix Qatar.

Sempena dengan sesi ujian pra musim, SIC, yang akan menjadi hos pusingan kedua yang terakhir mulai 21 hingga 23 Oktober, akan mengadakan promosi jualan tiket khas bagi mereka yang datang awal untuk Grand Prix Motosikal Malaysia 2011. Ahmad Razlan berkata tiket bagi mereka yang datang bermula dari RM40.

Untuk maklumat lanjut, para peminat boleh melayari laman web rasmi di www.sepangcircuit.com atau menelefon 03-87782200.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan