suria

Amar Rohidan Turut Terima Ganjaran

KANGAR: Pemain bola sepak Amar Rohidan yang membantu negara menjulang Piala AFF-Suzuki 2010 menerima ganjaran daripada kerajaan negeri Perlis.

Beliau menerima RM5,000 pada majlis Anugerah Sukan 2010 di sini malam Rabu.

Taman Emas di Bukit Kateri dekat sini dipilih khusus untuk venue majlis tersebut diadakan kerana ia merupakan kawasan kediamannya.

Namun Amar tidak lagi mewakili Perlis dalam Liga Malaysia musim ini kerana beliau akan mewakili pula pasukan Kedah.

Yang turut menerima sumbangan RM5,000 ialah pemain hoki, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Ahmad Jalil dan atlet paralimpik angkat berat, Che Suniza Saad.

Atlet yang menerima RM2,000 pula ialah atlet terjun, Mohd Amsyar Azman manakala atlet angkat berat, Mohd Faiz Musa dan Fatin Atikah Osman, atlet lumba basikal, Jupha Somchat dan Mohd Fauzan Nor Azman masing- masing menerima RM500.

Lima atlet sukan kayak yang mengharumkan nama Perlis dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka tahun lalu yang membawa pulang lima pingat emas masing-masing menerima RM500.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad. - BERNAMA

Artikel Berikut

Ayabe Tawan Cameron Highlands

Artikel Lain