suria

Seers Yakin Anak Buahnya Kembali Bangkit

CAMERON HIGHLANDS: Jurulatih pasukan Malaysia, Graham Seers masih mengharapkan kebangkitan anak buahnya selepas keputusan sederhana pada perlumbaan peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Ayer Tawar ke Cameron Highlands, Rabu.

Pengendali dari Australia itu bagaimana pun berpuas hati dan yakin anak buahnya akan bangkit pada perlumbaan peringkat kelima dari Tapah Ke Genting Highlands walaupun ia dijangka lebih sukar berbanding perlumbaan peringkat keempat ini.

Menurutnya, sasaran awal bagi saingan pendakian berstatus Hors di kilometer 124.3, ialah sekurang-kurangnya dua pelumba dapat menempatkan diri di kedudukan 30 terbaik.

"Mereka mungkin kehilangan banyak tenaga pada perlumbaan hari ini tetapi saya yakin mereka mampu menjalani proses pemulihan dan bersedia untuk mendaki Genting Highlands," katanya kepada media selepas tamat perlumbaan.

Jelasnya, persediaan bukan sahaja terarah kepada fizikal sahaja malah ditumpukan kepada kekuatan mental kerana tidak mahu pelumba negara tiba di Genting Highlands melebihi pada masa yang ditetapkan.

"Saya akan berjumpa dan berbincang dengan semua pelumba sebelum perlumbaan esok. Saya mahu mereka berfikir secara positif menjelang zon pendakian kedua ini," kata Seers yang mengharapkan Mohamad Rauf Nur Misbah dan Amir Mustafa Rusli terus menerajui pendakian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cabaran Pendakian Adiq Bermula

Artikel Lain