suria

Kemalangan Bukan Salah Pilih Laluan - CEO LTdL

SITIAWAN: Insiden kemalangan yang berlaku pada peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Kangar ke Butterworth Isnin dan berulang di peringkat ketiga dari Taiping ke Sitiawan 2011 bukan disebabkan laluan dan salah penganjur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mohamed Salleh, kemalangan yang berlaku itu tidak ada kaitan dengan pemilihan laluan yang salah atau kecuaian oleh penganjur iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Masalah dari segi penganjuran tidak timbul, bagi saya masalah dari segi taktikal perlumbaan yang menyebabkan kemalangan itu berlaku, bagaimana pun saya ingin meminta maaf kepada mereka yang terlibat," katanya ketika ditemui media selepas perlumbaan tamat, Selasa.

Pada perlumbaan peringkat kedua, berlaku dua kemalangan tiga dan satu kilometer sebelum garisan penamat yang menyaksikan dua pelumba sensasi Asia, Park Sungbaek (pasukan kebangsaan Korea Selatan) dan Yukiya Arashiro (Europcar) mengalami kecederaan di bahagian muka.

Kedua-dua pelumba tersebut dikejarkan ke Hospital Sebarang Jaya selepas tamat perlumbaan, lebih malang mereka tidak dapat meneruskan perlumbaan peringkat ketiga dan terkeluar dari saingan.

Hari ini juga turut menyaksikan beberapa kemalangan berlaku termasuk pada awal perlumbaan sebelum zon pendakian status empat di Bukit gantang di kilometer 17.3 yang menyaksikan beberapa pelumba cedera termasuk pelumba dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cabaran Pendakian Adiq Bermula

Artikel Lain