suria

Ayabe Tawan Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS: Pelumba dari pasukan Aisan Racing Team (AIS), Takaeki Ayabe muncul juara perlumbaan peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) sekaligus meraih Jersi Kuning (Terbaik Keseluruhan) pada saingan dari Ayer Tawar-Cameroh Highlands sejauh 137.6 kilometer, Rabu.

Ayabe menamatkan perlumbaan pendakian ini 3 jam 42 minit 15 saat, diikuti pelumba Libardo Nino Corresor dari pasukan Le Tua Cycling Team (L2A), manakala tempat ketiga diraih oleh pelumba Azad University Cycling Team (IUA), Amir Zargari.

"Saya memang membuat persediaan bagi perlumbaan pendakian ini dan sangat gembira dengan kemenangan peringkat empat ini. Perlumbaan sedikit sukar kerana jalan agak licin ketika menuruni zon bukit dan saya terpaksa memperlahankan kayuhan.

"Beberapa kilometer ke garisan penamat, saya melakukan kayuhan laju untuk berada depan pelumba-pelumba lain," katanya kepada media selepas perlumbaan.

Ayabe berkata, saya menaruh kepercayaan tinggi terhadap diri sendiri ketika melakukan pecutan dan tidak memikirkan tentang kekalahan.

"Saya hanya fikirkan untuk menang dan gembira kerana berjaya melakukannya. Selepas ini saya akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan Jersi Kuning ini," katanya yang juga turut merampas Jersi Putih (Terbaik Asia) daripada Anuar Manan.

Sementara itu, gelaran Raja Bukit (Jersi Merah) bertukar tangan apabila Rahim Emami (IUA) mengutip mata penuh (25 mata) di zon pendakian berstatus hors (KOM HC). Sebelum ini pada peringkat satu hingga tiga perlumbaan jersi ini dipegang Koen De Kort dari pasukan Skil Shimano Cycling Team (SKS).

"Saya gembira kerana berjaya berjaya melakukan pendakian dengan baik berdasarkan taktik yang dirancangkan. Sasaran untuk mengutip mata penuh di KOM HC berjaya dilaksanakan sekali gus Jersi Merah menjadi milik saya. "Ada ketika saya terpaksa memperlahankan kayuhan kerana jalan licin, namun secara keseluruhan saya gembira dengan kejayaan hari ini. Harap esok (Khamis) saya dapat mencatat keputusan yang lebih baik," katanya.

Selain itu, pelumba Fernese Vini-Neri Sottoli (FAR), Andrea Guardini masih memegang Jersi Biru bagi kagetoriRaja Pecut).

Sehingga kini, pasukan Chipotle Development Team (CDT) mendahului pasukan lain bagi kedudukan keseluruhan, diikuti pasukan Tabriz Petrochemical Team (TPT) dan ketiga pasukan IUA.

Bagai kategori Asia, pasukan TPT berada di kedudukan pertama, IUA kedua dan ketiga Maz Success Sports Cycling (MSS).

Perlumbaan peringkat kelima LTdL 2011 akan diterus Khamis, dari Tapah ke Genting Highlands dengan jarak 124.3 km, dengan menyediakan satu zon pendakian berstatus hors di Genting Highlands.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cabaran Pendakian Adiq Bermula

Artikel Lain