Adiq Bermula Positif

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelumba tempatan yang beraksi bersama Drapac Professional Cycling (DPC) dari Australia, Mohd Adiq Hussaini Othman gembira dengan keputusan perlumbaan Peringkat 1, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 yang berlangsung di Langkawi, Ahad.

Biarpun gagal menyarung Jersi Merah (Raja Bukit) pada perlumbaan ini, namun Adiq berjaya berada di kedudukan kelima kategori bukit keseluruhan selepas berjaya mengutip dua mata.

"Perlumbaan hari ini sememangnya sangat laju, dan saya berjaya mengutip mata di Zon Bukit (KOM) selepas berjaya berada di kedudukan keempat. Sementara itu, 200 meter sebelum berakhir di kawasan KOM Bukit Malut, saya tersilap percaturan kerana saya tidak sedar dikejar pelumba lain.

"Namun pada keseluruhannya saya bangga kerana melakukan pemecahan dalam 30 kilometer (km) terakhir dan saya mengetuai 15 orang pelumba dalam kelompok itu. Namun 5km sebelum sampai ke garisan penamat, kami ditangkap oleh kelompok besar pelumba-pelumba lain," katanya kepada media selepas perlumbaan.

Sementara itu, Adiq berkata, bagi perlumbaan peringkat kedua Isnin, dia tidak meletakkan sebarang sasaran.

"Setakat ini, jurulatih belum berbincang lagi apa yang perlu saya lakukan. Apa yang pasti perlumbaan esok lebih kepada laluan landai. Mungkin saya hanya akan melakukan kayuhan lebih santai esok.

"Ini kerana saya perlu menyimpan tenaga bagi perlumbaan lebih sengit di Cameron Highlands (Peringkat 4) dan Genting Highlands (Peringkat 5) nanti," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan