Terima Kasih BAM - Hafiz

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya beberapa jam selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merestui hasratnya untuk berundur, pemain perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim meluahkan rasa gembira kerana situasi itu berakhir dengan cara baik bagi kedua-dua belah pihak.

"Saya gembira situasi ini berakhir dengan bagus, baik untuk saya mahupun BAM. Terima kasih juga kepada BAM kerana banyak membantu, memberi tempat dan pendedahan kepada saya selama ini," katanya selepas dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Namun sebelum pengunduran dirinya berkuat-kuasa 1 Februari ini, pemain kelahiran Kota Baru, Kelantan itu mahu menghadiahkan keputusan terbaik untuk BAM pada Siri Super Terbuka Korea yang akan berlangsung Rabu ini.

"Saya akan cuba melakukan persembahan terbaik pada Terbuka Korea sebagai hadiah terakhir saya kepada BAM," ujarnya yang akan berlepas ke Korea, malam ini.

Walaupun selepas ini, dia tidak lagi bersama BAM, Hafiz memberitahu dia bersedia menyarung jersi negara pada beberapa kejohanan penting seperti Sukan SEA, Piala Thomas, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

"Ketika saya bersama Nusa Mahsuri dulu, saya tiada masalah untuk mewakili negara. Kalau tiada aral melintang, saya sedia bermain pada bila-bila masa," tambahnya.

Sebaik saja mendapat lampu hijau daripada BAM, Hafiz mendedahkan beliau ada menerima tawaran beberapa kelab dari Indonesia tetapi ia masih belum lagi diperingkat perbincangan.

"Memang saya ada menerima tawaran dari dua, tiga kelab di Indonesia. Namun dia belum membuat keputusan kerana perlu terlebih dahulu melihat butiran lanjut tawaran yang diterimannya kelak," jelas Hafiz.

Untuk perancangan dalam tempoh terdekat, pemain berusia 29 tahun itu akan menyertai kejohanan Badminton Inter Kelab Indonesia yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 27 Februari ini.

Dengan keputusan yang dibuatnya itu, Hafiz berharap dapat memperbaiki prestasi permainannya yang kelihatan tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan