Taufik Akui Kehebatan Chong Wei

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain utama perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat berjaya mematikan langkah rakan senegara, Simon Santoso di separuh akhir untuk meneruskan kemaraan ke pusingan akhir Super Siri Terbuka Malaysia Proton 2011 pada Ahad.

Pada perlawanan yang memakan masa selama 49 minit itu, Taufik mencatatkan kemenangan 21-15, 21-19.

Bekas juara Olimpik 2004 itu mengakui fokusnya di set kedua sedikit terjejas kerana terlalu terburu-buru untuk menamatkan permainan meskipun mendahului sejak awal.

"Saya melakukan kesilapan pada mata terakhir kerana mahu menamatkan perlawanan secepat mungkin. Jadi tumpuan saya sedikit terganggu pada waktu itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan.

Ketika ditanya mengenai perlawanan akhir, Taufik berkata, dia sudah bersedia berdepan sesiapa saja tetapi berharap dipertemukan dengan pemain muda China, Chen Long kerana sering tewas kepada pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Namun, pada perlawanan berasingan petang Sabtu, Chong Wei menang mudah ke atas Chen Long untuk menghidupkan peluang ke akhir sekali gus memburu kejuaraan kali ketujuh pada kejohanan ini.

Menyentuh mengenai prestasi Chong Wei, Taufik berkata beliau mampu menyekat penguasaan pemain negara itu andai dia masih muda seperti suatu ketika dahulu.

"Saya pasti menang andai saya masih muda. Sekarang prestasinya semakin meningkat naik. Biasalah dalam sukan, ada masa kita di atas dan kadang kala kita di bawah," jelasnya.

Meskipun usianya semakin meningkat, Taufik tetap ada perancangan untuk menyertai Sukan Olimpik 2012 di London jika dia masih pemain terbaik di Indonesia.

"Ya, saya mahu beraksi di Olimpik. Namun saya masih ada setahun setengah lagi sebelum memikirkan mengenai perkara itu," katanya.

Mengulas mengenai hasrat Santoso untuk menggantikan tempatnya, Taufik yang masih belum mahu bersara daripada kariernya mahu pemain muda itu membuktikan kemampuannya.

"Saya menyokong hasrat Santoso jika dia sudah bersedia untuk menggantikan tempat saya. Namun dia perlu membuktikan keupayaannya," ujar pemain berusia 30 tahun itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan