BAM Restui Pemergian Hafiz

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebulat suara bersetuju melepaskan pemain perseorangan kedua negara, Muhammad Hafiz Hashim yang berhasrat untuk meninggalkan badan induk itu tanpa syarat.

Perkara itu disahkan presidennya, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis BAM di sini petang tadi.

"Kami bersetuju dengan keputusan Hafiz untuk meninggalkan BAM tanpa sebarang syarat. Ia akan berkuat-kuasa 1 Februari ini.

"Keputusan itu dipersetujui sebulat suara selepas mengambil kira sumbangan beliau terhadap negara selama ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Hasrat bekas juara All England 2003 itu untuk mengundur diri dari BAM sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung BAM, Ng Chin Chai pada 25 Disember lalu disusuli dengan penyerahan surat rasmi pada Jumaat.

Tindakan Hafiz itu turut mengejutkan peminat badminton tanahair ketika isu peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek belum berkesudahan.

Malah kenyataan itu hadir selepas kalah kepada pemain muda China, Chen Long pada pusingan pertama kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia Proton 2011, Rabu.

Sementara itu, isu peletakan jawatan Misbun masih menjadi teka-teki sehingga satu perjumpaan berasingan diatur melibatkan Nadzmi dengan lagenda badminton negara tersebut dalam tempoh terdekat.

Menurut Nadzmi, dalam mesyuarat tadi, BAM masih belum memutuskan status Misbun yang menghantar surat peletakan jawatan pada 31 Disember lalu.

"Misbun sudah bersetuju untuk bertemu saya. Kami akan bertemu selepas berakhirnya kejohanan ini atas permintaannya. Saya yakin masalah ini akan diselesaikan selepas perjumpaan itu kelak melainkan jika timbul sebab yang tidak munasabah," kata Nadzmi.

BAM sebelum ini sudahpun menyuarakan hasrat supaya Misbun mempertimbangkan semula keputusan beliau meletak jawatan demi kepentingan negara khususnya bagi persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2012.

Jelas Nadzmi lagi, BAM tidak akan mengubah struktur kejurulatihan dan latihan (TNC) demi menghormati suara majoriti yang bersetuju dengan pendekatan baru itu.

Ketika ditanya mengenai kegagalan beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pada Terbuka Malaysia, Nadzmi memberitahu satu perbincangan dengan jurulatih dan exco TNC akan diadakan dalam waktu terdekat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan