Isu Misbun/Hafiz Dibincangkan Ahad Ini

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek dan permintaan pemain perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim untuk berundur dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semakin menghampiri titik noktah apabila presidennya, Datuk Mohd Nadzmi Salleh mendedahkan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli majlis pada Ahad ini.

Berhubung permintaan Hafiz, Nadzmi memberitahu juara All England 2003 itu sudah menghantar surat untuk keluar dari BAM berkuat-kuasa 1 Februari ini.

Namun, keputusan itu akan diketahui selepas selesai mesyuarat ahli majlis Ahad ini memandangkan dia masih ada kontrak bersama BAM sehingga Sukan Olimpik, 2012.

Mengulas mengenai isu Misbun, Nadzmi berkata beliau akan bertemu sendiri dengan lagenda badminton negara itu sebelum mesyuarat, Ahad ini.

"Jika Misbun mahu menghadiri mesyuarat itu, dia boleh datang tetapi kehadiran tidak diwajibkan. Ada kemungkinan kami akan berjumpa di stadium," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media malam Jumaat.

Menurut Nadzmi, sehingga kini beliau tidak berkesempatan bertemu dengan Misbun kerana dia baru saja kembali dari lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan ada meminta bekas jurulatih jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei itu untuk datang menyaksikan Super Siri Terbuka Malaysia sebelum berangkat ke luar negara.

"Saya ada meminta Misbun untuk datang ke Terbuka Malaysia. Misbun menunjukkan reaksi positif apabila bersetuju dengan permintaan itu," ujarnya.

Tegas Nadzmi, beliau berharap perkara itu akan diselesaikan segera dan membiarkan ahli majlis membuat keputusan mengenai hal tersebut.

"Namun apa jua keputusan yang diambil kelak, ia mesti melindungi BAM, pemain dan jurulatih. Kami masih tetap mengekalkan struktur latihan baru itu demi pembangunan masa depan sukan badminton," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan