Chong Wei Tepati Ramalan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENANG... Pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei ketika bertemu pemain Vietnam, Tien Minh Nguyen pada peringkat suku akhir kejohanan Proton Malaysia Open Super Series 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Jumaat. Pemain negara menang dengan kedudukan mata 21-15 dan 21-16. - Foto BERNAMA
MENANG... Pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei ketika bertemu pemain Vietnam, Tien Minh Nguyen pada peringkat suku akhir kejohanan Proton Malaysia Open Super Series 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Jumaat. Pemain negara menang dengan kedudukan mata 21-15 dan 21-16. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seperti diramal, pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir selepas mengatasi Nguyen Tien Minh dari Vietnam 21-15 21-16 di suku akhir malam Jumaat.

Perlawanan separuh akhir berlangsung pada Sabtu.

Bermula agak perlahan di set pertama sebelum mendahului dengan 11-8, Chong Wei bangkit mencuri setiap peluang yang ada untuk melakukan asakan balas ke atas pemain pilihan kelapan itu.

"Permainan saya tidak begitu menjadi di awal set pertama kerana dia (Nguyen) sering melakukan serangan. Namun saya cuba mempelbagaikan skil permainan di set kedua. Saya terhibur dengan perlawanan ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam Jumaat.

Ketika ditanya mengenai penarikan diri Lin Dan akibat kecederaan, anak jati Pulau Mutiara itu tidak gentar sesiapapun lawannya di separuh akhir pada Sabtu.

"Orang ramai pastinya tertunggu-tunggu perlawanan di antara Lin Dan dan Chen Long hari ini. Tapi kalau pemain itu memang sudah cedera, apa boleh buat," ujarnya.

Untuk perlawanan esok, Chong Wei mengakui pemain pilihan ketiga kejohanan itu pasti akan bermain lebih agresif dan beliau perlu berwaspada menghadapi lawannya itu.

"Walaupun dia tidak beraksi hari ini, saya tidak kisah. Saya hanya fokus terhadap permainan sendiri," kata pemain berusia 29 tahun itu.

Berhubung tindakan Lin Dan yang sudah tiga kali menarik diri, Chong Wei merasakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia sudah disahkan mengalami kecederaan.

"Apa yang dikatakan Taufik sebelum ini ada kebenarannya, biasalah sukan kadang-kadang orang akan marah tetapi saya tidak tahu apa sebenarnya strategi Lin Dan," jelasnya.

Sementara itu, pada sidang media berasingan, pemain perseorangan utama Indonesia Taufik Hidayat berharap agar BWF mengambil tindakan sewajarnya terhadap Lin Dan.

Menurut Taufik penarikan diri Lin Dan seolah-olah mahu memberi laluan buat rakan senegaranya sekiranya mereka bertemu sesama sendiri.

“Ini kali ketiga Lin Dan menarik diri dari kejohanan. Jika benar dia cedera sepatutnya Lin Dan tidak boleh beraksi pada kejohanan berikutnya (Terbuka Korea 25 Januari ini),” katanya.

Pada kejohanan Siri Super Terbuka China 3 Disember lalu, Lin Dan turut membuat keputusan menarik diri apabila bertemu rakan senegara Chen Long di suku akhir.

Manakala pada 10 Disember 2009, Lin Dan sekali lagi bertindak menarik diri pada kejohanan Siri Super Terbuka China di mana beliau dijadualkan bertemu Nguyen Tien Minh.

Pada aksi malam Jumaat, Taufik yang juga pilihan kedua kejohanan meraih kemenangan ke atas pemain Jepun Kenichi Tago, 21-15 21-15 sekaligus mengesahkan tempat ke separuh akhir, Sabtu.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan