Zakry/Thien How Lebih Yakin

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan melangkah ke pusingan suku akhir kejohanan badminton Super Siri Terbuka Malaysia, esok (Jumaat) menjadi petanda baik bagi pasangan beregu, Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How untuk menghadapi saingan sepanjang tahun 2011.

Pada Jumaat, mereka akan bertemu pasangan dari Jepun Kawamae Naoki/Sato Shoji yang menewaskan Hong Wei/Shen Ye 21-16, 21-16.

Pada perlawanan pusingan kedua sebentar tadi (Khamis), pasangan itu mempamerkan persembahan bertenaga dengan menundukkan Hendri Kurniawan Saputra/Chayut Triyachart dari Singapura 21-16, 21-15.

"Ia permulaan yang baik bagi kami berdua. Namun peluang untuk mara ke separuh akhir bergantung kepada persembahan esok. Secara mentalnya, kami sudah bersedia sepenuhnya," kata Zakry ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan.

Mengulas mengenai kombinasi pasangan yang mula digandingkan sejak Terbuka Jepun tahun lalu, Zakry berkata, walaupun masih belum serasi sepenuhnya, gandingan mereka sudah menunjukkan peningkatan ketara.

"Ada kalanya timbul salah faham kerana kami berdua berebut mahu membalas pukulan lawan sehingga menjejaskan keyakinan diri. Namun, kombinasi kami semakin meningkat dan kami kini lebih yakin," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai kelebihan Thien How berbanding gandingan lamanya, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari, Zakry mengakui masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Mereka ada kelebihan masing-masing. Thien How, hebat di bahagian serangan manakala Fairuzizuan mampu melakukan pukulan balas dengan konsisten. Namun, rentak permainan mereka hampir sama saja," jelasnya.

Pasangan yang pertama kali digandingkan pada Piala Thomas tahun lalu, akan berentap pada pusingan kelayakan Super Siri Terbuka Korea, 25 Januari ini.

"Saya harap keyakinan sebegini akan diteruskan pada Terbuka Korea yang bakal menentukan standard sebenar permainan kami. Apapun, kami akan menganggap pusingan kelayakan seperti beraksi pada perlawanan undian utama," kata Zakry.

Sementara itu, dalam perlawanan berasingan, pasangan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Ong Soon Hock tewas kepada Chai Biao/Guo Zhendong dari China 21-11 22-20.

Pasangan pilihan kelima kejuaraan itu akan bertemu Ko Sung Hyun/Yoo Yeon pada pusingan suku akhir, Jumaat.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan