Stadium Bola Tampar Tertutup Pertama Malaysia Dibina Di Sibu

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Pembinaan stadium bola tampar bernilai RM5 juta yang dilengkapi pendingin hawa di Rejang Park, dijangka bermula bulan depan dan akan membolehkan pertandingan di peringkat kebangsaan diadakan di sini pada masa depan, kata presiden Persatuan Bola Tampar Sibu William Ting Wee Ung.

Beliau berkata venue itu, yang merupakan stadium tertutup Malaysia pertama bertaraf antarabangsa, mempunyai dua gelanggang apabila siap dibina dua tahun lagi.

"Stadium bola tampar yang baru ini akan membolehkan kita menganjurkan pertandingan pada skala lebih besar dengan kapasiti 5,000 penonton, dan ini akan membantu kita menjimatkan wang bagi menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan, yang selalunya diadakan di Semenanjung Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Selain berupaya mengendalikan latihan lebih bermutu bagi meningkatkan standard pemain tempatan, beliau berkata ia akan menjimatkan puluhan ribu ringgit dalam pembelian tiket untuk menghantar pasukan lelaki dan wanita menyertai pertandingan di luar negeri itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan