Kien Keat-Boon Heong Perlu Ada Karakter Angkuh: Rexy

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky tidak bersetuju jika pasangan pilihan utama, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mengubah taktik permainan mereka selepas tersingkir awal di tangan pemain muda China, Hon Wei/Shen Ye pada pusingan pertama, malam Rabu.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Indonesia itu mahu anak buahnya bersikap 'angkuh' atau meningkatkan karakter permainan masing-masing di gelanggang untuk menggeruni pasangan lawan.

Pasangan beregu negara itu tewas 21-16, 18-21, 16-21, sesuatu yang diluar jangkaan memandangkan mereka adalah pilihan utama dalam acara tersebut.

"Kalau kita lihat pemain bertaraf dunia, mereka ada sikap angkuh ketika berdepan lawan di gelanggang. Namun berbeza dengan pemain negara yang jelas kelihatan hilang keyakinan dan keberanian sehingga membenarkan pemain baru memberi tekanan kepada mereka," kata Rexy ketika mengulas mengenai kekalahan pasangan beregu itu, Rabu.

Menurut Rexy, sandaran utama negera itu tidak mengalami sebarang masalah dari segi permainan dan kecergasan tetapi membiarkan pasangan lain membaca cara permainan mereka dengan mudah.

"Boon Heong menyedari kekurangan itu selepas tamat perlawanan semalam (Rabu). Saya harap kekalahan itu tidak menjejaskan persediaan mereka dalam menghadapi kejohanan Terbuka Korea kelak," jelasnya.

Rexy berkata, beliau tidak akan melakukan perubahan drastik dalam skuad beregu negara meskipun Kien Keat/Boon Heong bergelut dengan prestasi hambar dalam dua kejohanan awal tahun ini.

Kejohanan Super Siri Terbuka Korea yang akan berlangsung pada 25 Januari ini menjadi platform terbaik buat pasangan No.3 dunia sebagai persediaan menghadapi perlawanan kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 di London.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan