Kecederaan Paksa Lin Dan Tarik Diri

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat untuk melihat dua jaguh dari China, Lin Dan dan Chen Long mempamerkan kehebatan masing-masing pada suku akhir Super Siri Terbuka Malaysia Proton 2011, Jumaat terbantut selepas juara Sukan Olimpik 2008 itu menarik diri akibat kecederaan di otot abdomen kirinya.

Perkara itu disahkan ketua pengadil perlawanan, Jane Wheatley pada satu sidang media di sini malam Jumaat.

"Dia terpaksa menarik diri atas nasihat doktor. Kecederaan itu diperoleh ketika melakukan sesi pemanasan badan pagi tadi. Ia merupakan kecederaan lama," katanya.

Menurut Jane, selepas menjalani pemeriksaan dengan Dr Khairulina Khalid dari Institut Sukan Negara (ISN), Lin Dan yang baru mendirikan rumahtangga dengan bekas pemain badminton China, Xie Xingfang bulan lalu dinasihatkan untuk berehat dan menjalani rawatan fisioterapi.

"Dia kurang cergas untuk beraksi. Jika dia meneruskan permainan, kecederaan mungkin bertambah teruk," jelas Jane.

Penarikan diri Lin Dan ternyata memberi nafas lega kepada rakan senegaranya, Chen Long yang tidak perlu mengeluarkan peluh pada aksi hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pemain dari China, Liu (F) Xin yang dijadualkan bertemu pemain pilihan keempat, Jiang Yanjiao juga dari negara tembok besar tersebut turut menarik diri pada saat akhir dalam acara perseorangan wanita.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan