suria

Kean Kekal Bersama Rovers Sehingga 2013

STEVE Kean (gambar) telah menandatangani kontrak jangka masa panjang sebagai pengurus Blackburn Rovers.

Kean yang dinamakan sebagai pengurus sementara selepas pemecatan Sam Allardyce telah menandatangani kontrak di Ewood Park sehingga Jun 2013.

"Saya amat berbangga untuk menggalas tanggungjawab bersama Rovers yang menandakan era baru kelab itu.

"Pemilik memberi sepenuh kepercayaan kepada saya dan saya akan melakukan apa saja untuk membalas jasa mereka. Ia peluang terbaik untuk saya dan menerimanya dengan tangan terbuka," kata Kean yang menyertai bahagian pengurusan sebagai jurulatih skuad utama pada musim panas 2009.

Allardyce dipecat secara mengejut oleh pemilik Venky yang juga merupakan syarikat produk ayam dari India.

Pemilik Rovers mahu Kean membawa kelab ke mengisi kedudukan lima teratas liga dengan bajet terhad.

Mereka dipercayai mahu mendapatkan khidmat bintang Brazil, Ronaldinho tetapi sehingga kini, hanya menandatangani dua pemain secara pinjaman iaitu, Roque Santa Cruz dan Jermaine Jones dari Schalke.

Artikel Berikut

Beregu Utama Negara Kecundang

Artikel Lain