Mew Choo, Chong Wei Langkah Kanan

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehadiran semula jurulatih Wong Tat Ming ibarat membawa rahmat kepada pemain perseorangan negara, Wong Mew Choo yang berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain China, Lu Lan 13-21, 22-20, 21-12.

Mew Choo kelihatan fokus, tenang dan cuba meminimumkan kesilapan dalam usaha mematahkan serangan Lu Lan walaupun tewas pada set pertama.

"Pada awalnya saya tidak yakin boleh menundukkan Lu Lan. Namun saya teruskan permainan, fokus dan tidak terlalu banyak berfikir. Saya cuba meminimumkan kesilapan mudah. Sebaik saja ada peluang saya terus melakukan serangan," katanya.

Lu Lan yang agak keletihan pada set ketiga dilihat hilang tumpuan dan memberi peluang kepada Mew Choo untuk mencuri mata dengan melakukan beberapa kesilapan mudah.

Esok (Khamis), Mew Choo akan berdepan pemain pilihan pertama kejohanan, Wan Xin dari China.

"Kemenangan hari ini menjadi pembakar semangat Mew Choo untuk bersaing dengan pemain terbaik dunia. Jadi tidak mustahil dia boleh menduduki ranking ke-10 dunia suatu hari nanti," jelas Tat Ming ketika ditemui pemberita di sini, Rabu.

Dalam perlawanan berasingan, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menundukkan Tommy Sugiarto 21-17, 21-18 selama 43 minit.

Anak jati Pulau Mutiara itu akan bertemu Hu Yun dari Hong Kong pada pusingan kedua esok.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan