Kien Keat-Boon Heong Perlu Ada Karakter Sombong: Rexy

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky tidak bersetuju jika pasangan pilihan utama, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mengubah taktik permainan mereka selepas tersingkir awal di tangan pemain muda China, Hon Wei/Shen Ye pada pusingan pertama, malam Rabu.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Indonesia itu mahu anak buahnya bersikap 'sombong' atau meningkatkan karakter permainan masing-masing di gelanggang untuk menggeruni pasangan lawan.

Pasangan beregu negara itu tewas 21-16, 18-21, 16-21, sesuatu yang diluar jangkaan memandangkan mereka adalah pilihan utama dalam acara tersebut.

"Kalau kita lihat pemain bertaraf dunia, mereka ada sikap sombong ketika berdepan lawan di gelanggang. Namun berbeza dengan pemain negara yang jelas kelihatan hilang keyakinan dan keberanian sehingga membenarkan pemain baru memberi tekanan kepada mereka," kata Rexy ketika mengulas mengenai kekalahan pasangan beregu itu, Rabu.

Menurut Rexy, sandaran utama negera itu tidak mengalami sebarang masalah dari segi permainan dan kecergasan tetapi membiarkan pasangan lain membaca cara permainan mereka dengan mudah.

"Boon Heong menyedari kekurangan itu selepas tamat perlawanan semalam (Rabu). Saya harap kekalahan itu tidak menjejaskan persediaan mereka dalam menghadapi kejohanan Terbuka Korea kelak," jelasnya.

Rexy berkata, beliau tidak akan melakukan perubahan drastik dalam skuad beregu negara meskipun Kien Keat/Boon Heong bergelut dengan prestasi hambar dalam dua kejohanan awal tahun ini.

Kejohanan Super Siri Terbuka Korea yang akan berlangsung pada 25 Januari ini menjadi platform terbaik buat pasangan No.3 dunia sebagai persediaan menghadapi perlawanan kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 di London.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan