Ratu Gimnas Negara Dalam Dilema

Diterbitkan: Isnin, 17 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu gimnas negara Elaine Koon kini dalam dilema sama ada mahu mewakili negara pada Sukan SEA di Jakarta November ini atau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dijadualkan pada waktu yang sama.

Gadis berasal dari Kajang itu telah pun menangguhkan menduduki SPM tahun lalu kerana mewakili negara ke Sukan Komanwel di New Delhi.

Pengorbanan beliau tidak sia-sia apabila berjaya meraih emas dalam acara individu gelung rotan seterusnya membantu negara mencapai sasaran 10 emas pada temasya itu.

Elaine berkata peluang mewakili negara ke Sukan SEA sukar dilepaskan memandangkan ini merupakan kali pertama beliau akan bertanding pada kejohanan yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara itu.

"Saya akan cuba mewakili negara pada Sukan SEA tetapi saya perlu menduduki SPM. Jadi pada masa ini saya tidak pasti. Ia akan menjadi penyertaan pertama saya dalam Sukan SEA jika saya menyertainya," katanya, Isnin.

Sukan SEA akan diadakan di Jakarta dan Palembang dari 11 hingga 20 Nov manakala SPM dari 14 Nov hingga 14 Dis.

Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu berkata kini beliau lebih memberi fokus pada pelajaran dan hanya membuat latihan ringan kerana mengalami kecederaan.

"Saya mengalami kecederaan sebelum Sukan Komanwel. Ia tidak serius tetapi masih dalam pemerhatian doktor," katanya. Menurut Elaine kecederaan itu dijangka pulih sepenuhnya bulan depan.

Hasil kecemerlangannya pada Sukan Komanwel itu, Elaine menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (Shakam) berjumlah RM180,000.

Beliau turut menerima anugerah 'OCM 100Plus Outdo Yourself Awards' dan RM5,000 daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan