suria

Ferguson Akui Persaingan Lebih Sengit

Rafael (kiri) tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil selepas dilayangkan kad kuning kedua.
Rafael (kiri) tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil selepas dilayangkan kad kuning kedua.
Rafael (kiri) tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil selepas dilayangkan kad kuning kedua.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mengakui perebutan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini semakin sengit, lebih-lebih lagi dengan prestasi pasukan Tottenham Hotspur yang telah mengikat kedudukan seri tanpa jaringan pada perlawanan di White Hart Lane awal pagi Isnin.

United bernasib baik apabila rekod tanpa kalah musim ini masih dipegang biarpun pada minit ke- 74 hanya bermain dengan sepuluh orang pemain selepas pemain sayap, Rafael Da Silva diarah keluar padang setelah menempah dua kad kuning.

“Saya tidak perlu berbincang mengenai kad merah yang dilayangkan Rafael itu kerana kamu boleh melihat sendiri. Saya juga tidak perlu berbincang mengenai pengadil. Saya fikir semua pemain di barisan pertahanan telah melakukan tugas dengan baik.

“Situasi ini boleh menjadikan perlawanan lebih sengit bagi perebutan gelaran musim ini. Tottenham termasuk juga dalam persaingan ini. Segalanya adalah berkaitan dengan untuk memenangi setiap perlawanan dan menjaga setiap langkah kami.

"Selain itu perlawanan ini juga menyaksikan Ryan Giggs adalah seorang pemain yang luar biasa dan ia adalah contoh kepada semua pemain lain,” katanya.

Sementara itu, pengurus Spurs Harry Redknapp berkata, kedua pihak bermain dengan baik, lebih-lebih lagi barisan pertahanannya, Dawson dan William Gallas kini berada di landasan yang betul.

"Mereka sangat menakjubkan dalam menjaga tugas masing-masing. Peluang untuk menang adalah seimbang.

“Manakala United adalah pasukan hebat yang telah banyak tampil dalam perlawanan besar. Mereka datang ke sini dan sukar untuk dikalahkan. Apabila hanya tinggal sepuluh pemain mereka, kami masih sukar untuk mencari ruang bagi menjaringkan gol,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain