Misbun Dijangka Beri Reaksi Positif Dalam Masa Terdekat - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jurulatih perseorangan badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dijangka akan membuat kenyataan positif dalam masa terdekat berhubung kemelut peletakan jawatannya baru-baru ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, rumusan itu berdasarkan satu lagi pertemuan antara beliau dan Misbun yang diadakan malam tadi, di mana beliau melihat "keterbukaan di pihak Misbun".

"Saya percaya dalam masa yang singkat perkara ini akan dapat diselesaikan. Ia bergantung kepada semua pihak untuk melihat perkara ini secara terbuka, tenang dan tidak emosi dan meletakkan kepentingan negara dan juga sukan mengatasi segala-galanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan menyertai acara amal berbasikal "Ride For Gaza" di sini Ahad.

Ahmad Shabery berkata, beliau juga berharap perbincangan tertutup diadakan antara Misbun dan Persatuan Badminton Negara (BAM) sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di media bagi mengelakkan konflik berterusan kerana salah faham maksud yang ingin disampaikan.

Beliau berkata, dalam mana-mana konflik sekalipun, adalah penting untuk menjaga maruah dan air muka semua pihak yang terlibat kerana kalau ia tidak diambil kira, penyelesaian tidak akan dicapai untuk selama-lamanya.

"Membina kelompok pemain bertaraf dunia bukan boleh dibina setahun dua. Ia sudah menjadi satu binaan yang begitu kuat yang dibina berpuluh tahun lamanya. Tapi kalau kita melihat perkara ini secara emosi, mengikut perasaan dan sebagainya, apa yang dibina itu akan hancur dan runtuh dalam masa yang sekejap.

"Dan saya rasa ia akan mengambil masa yang lebih lama lagi untuk membinanya kembali kerana keyakinan rakyat, pemain dan ibu bapa untuk menghantar anak mereka dan mengorbankan anak mereka (untuk menyertai skuad badminton negara) akan habis kerana mereka tidak tahu apakah mereka menghantarnya pada satu institusi atau pihak yang benar-benar mengambil kira kepentingan anak mereka atau atlet dan negara melebihi segala-galanya," katanya.

Misbun yang melatih pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sejak lebih enam tahun lalu meletakkan jawatan menerusi e-mel ke pejabat BAM pada tarikh 31 Dis lepas, yang juga tarikh tamat kontraknya dengan BAM, dikatakan berikutan rasa kurang senang dengan perubahan besar dilaksanakan BAM dalam struktur latihan barunya.

Mengenai acara yang dianjurkan oleh Pertubuhan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu, Ahmad Shabery berkata, ia bagi menunjukkan sokongan padu terhadap perjuangan menentang kezaliman Israel di Gaza selain mengumpul dana kemanusiaan Gaza.

"Hampir 1,000 orang ramai datang ke Putrajaya dengan berbasikal hanya untuk menyatakan sokongan mereka kepada rakyat di Gaza yang sekarang ini tertindas dan memerlukan prihatin dunia terhadap nasib mereka dan ini satu perkara yang patut kita galakkan.

"Di samping itu acara begini juga memantapkan konsep di mana Putrajaya merupakan kota belia yang dihidupkan dengan pelbagai aktiviti seperti ini setiap hujung minggu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan