Barca Tetap Sabar Menanti Fabregas - Sukan | mStar

Barca Tetap Sabar Menanti Fabregas

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fabregas terus menjadi tagihan pasukan Barca.
Fabregas terus menjadi tagihan pasukan Barca.

PRESIDEN Barcelona, Sandro Rosell masih berharap untuk mendapatkan kapten Arsenal, Cesc Fabregas walaupun telah beberapa kali gagal membawa pemain tengah Catalan itu sejak musim lalu.

Malah bekas presiden Barca, Joan Laporta turut gagal dalam percubaannya membawa masuk Fabregas sebelum ini.

“Adakah kami akan mendapatkan khidmat Cesc musim panas ini? Saya akan mengumumkannya Jun ini,” kata Rosell, Sabtu.

Sementara itu, Rosell turut berharap Dani Alves bersetuju dengan perjanjian baru untuk terus berada di Nou Camp daripada Manchester City.

“Ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menamatkan perhubungan ini. Dua pihak akan memberi fokus kepada perkara yang terbaik dan saya yakin tidak ada masalah yang akan timbul dan di mana tempat lebih selesa untuk dia selain di sini?," katanya merujuk kepada Alves.

Seperti kelab lain di Sepanyol, Barca turut mengeluarkan perbelanjaan besar beberapa tahun kebelakangan ini dan kini mula terasa timbul krisis kewangan.

Rosell percaya pihak pengurusan telah bertindak wajar dan berkata kelab itu seperti sebuah akademi kerana telah melahirkan ramai pemain berbakat seperti Xavi, Andres Iniesta, Lionel Messi, Charles Puyol, Gerard Pique serta Cesc yang bakal menyarungi jersi Barca kelak.

“Amat penting untuk menarik kembali pemain-pemain balik ke rumah sendiri. Ini adalah polisi dan masa depan bola sepak kami,” katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan