suria

Pasukan Tenpin Boling MSN 1 Muncul Juara

PETALING JAYA: Pasukan tenpin boling MSN 1 yang diketuai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong menjadi johan bagi kategori perseorangan dan berpasangan pada Sukan Media-MSN 2010/2011 edisi ketiga, Sabtu.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menjadi milik pasukan Astro Arena dan Sinar Harian.

Bertempat di pusat tenpin boling Sunway Megalanes, organisasi media cetak dan elektronik tempatan tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam acara sukan tenpin boling yang menjadi satu daripada acara tahunan Sukan Media-MSN.

Turut sama mengambil bahagian dalam pertandingan tenpin boling hari ini ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sukan yang dianjurkan setiap tahun itu bertujuan memupuk semangat kerjasama antara pihak media dan MSN, badan pentadbir induk sukan di negara ini.

Edisi ketiga Sukan Media-MSN yang disertai 120 wartawan sukan dari agensi berita Bernama, Harian Metro, Malay Mail, Berita Harian, The New Straits Times (NST), TV3, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Astro Awani, Kosmo, The Star, Utusan Melayu dan Sinar Harian serta pengurusan tertinggi MSN.

Esok (Ahad), acara futsal akan dipertandingkan di padang MSN, Bukit Jalil.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain