suria

Lampard Akui Chelsea Hilang Arah

PEMAIN tengah Chelsea, Frank Lampard mengakui pasukannya kini mengalami krisis keyakinan diri, namun menolak faktor kejatuhan itu disebabkan ketiadaan pembantu pengurus Ray Wilkins, yang meninggalkan Stamford Bridge November lalu.

Semenjak menang 1-0 ke atas Fulham 10 November tahun lalu, aksi The Blues terus merosak dengan hanya menang satu perlawanan dan mengalami enam kekalahan sekali gus menyaksikan pasukan Carlo Ancelotti ini jatuh di tangga kelima, beza sembilan mata daripada pendahulu liga, Manchester United yang kini dilihat sedang menguasai liga musim ini.

“Apa yang kami tidak boleh menggunakan alasan itu yang menyebabkan pasukan ini hilang keyakinan diri. Kami perlu kembalikan prestasi seperti sebelum ini.

“Tahun lalu kami menjuarai dua gelaran kerana kami semua berganding bahu bersama termasuk Ray. Tetapi dia tidak lagi bersama kami. Kelab telah membuat keputusan.

“Kami perlu meninggalkan perkara lain di luar padang, dan kini perlu mengembalikan kembali bangkit. Namun pada masa kini terdapat sedikit perasaan tidak pasti apa yang akan berlaku nanti,” katanya.

Artikel Lain