suria

Bekas Pelumba Negara Kumaresan, Nor Effandy Sertai R4G Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Bekas pelumba basikal negara M. Kumaresan dan Nor Effandy Rosli adalah antara 600 peserta yang akan mengambil bahagian dalam acara berbasikal 'Ride For Gaza'(R4G) di Putrajaya, Ahad ini.

Acara amal sejauh 17 km itu dianjurkan oleh Aman Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya bagi mengumpul dana untuk penduduk Palestin di Gaza, menurut kenyataan Aman Malaysia, Isnin.

Pengerusnya Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata pendaftaran untuk acara itu boleh dimuatturun dari Facebook dengan tajuk 'Ride 4 Gaza'.

Katanya pendaftaran juga boleh dilakukan sebelum acara bermula pada pukul 7 pagi di kaunter pendaftaran di kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Bayaran pendaftaran sebanyak RM10 dikenakan untuk individu dan RM500 untuk badan koporat, syarikat, kelab dan kumpulan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Trofi Ballon D'Or Milik Messi

Artikel Berikut

Artikel Lain