suria

Man United Ketepikan Liverpool 1-0

Aksi Giggs melakukan sepakan penalti ketika perlawanan menentang Liverpool pada pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford, Ahad.
Aksi Giggs melakukan sepakan penalti ketika perlawanan menentang Liverpool pada pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford, Ahad.
Aksi Giggs melakukan sepakan penalti ketika perlawanan menentang Liverpool pada pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford, Ahad.

PASUKAN Manchester United berjaya menundukkan Liverpool 1-0 pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford, Ahad.

Gol tunggal perlawanan dihasilkan seawal minit kedua perlawanan selepas penyerang United, Dimitar Berbatov dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Daniel Agger sekali gus menerima hadiah penalti daripada pengadil, Howard Webb.

Pemain paling senior United, Ryan Giggs berjaya menyempurnakan sepakan penalti selepas memperdayakan penjaga gol Liverpool, Reina dengan melakukan sepakan dari tengah ke sudut kanan gawang.

Sehingga tamat separuh masa pertama The Reds gagal mencari gol penyamaan.

Sementara itu, pada babak kedua menyaksikan pasukan Liverpool yang baru diambil alih oleh Kenny Dalglish kurang dari 24 jam gagal menyerlah mencari gol penyamaan.

Manakala anak buah Sir Alex Ferguson juga sukar menambah bilangan gol pada aksi separuh masa kedua, menyaksikan perlawanan tamat dengan keputusan 1-0.

Liverpool: Reina, Kelly, Skrtel, Agger, Aurelio, Kuyt, Meireles, Lucas, Maxi, Gerrard, Torres; Pemain Simpanan: Gulacsi, Kyrgiakos, Babel, Wilson, Ngog, Poulsen, Shelvey

Man Utd: Kuszczak, Rafael Da Silva, Ferdinand, Evans, Evra, Nani, Carrick, Fletcher, Giggs, Berbatov, Hernandez; Pemain Simpanan: Lindegaard, Owen, Anderson, Smalling, Fabio Da Silva, Obertan, Gibson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain