Perlawanan Di Stadium Perak Sebelah Malam, Lampu Dinaik Taraf

Diterbitkan: Sabtu, 8 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU GAJAH: Perlawanan pertama pasukan Seladang di Stadium Perak pada 5 Feb ini akan berlangsung seperti biasa pada sebelah malam kerana kerja menaik taraf lampu limpah oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dijadual siap sebelum akhir bulan ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata MBI yakin kerja berkenaan dapat disiapkan sebelum akhir bulan dan telah melantik kontraktor bagi memulakan kerja secepat mungkin.

Katanya pasukan Perak akan bertandang ke Kuala Lumpur bagi perlawanan sulung Liga Super musim ini pada 29 Jan.

"Kita percaya kerja itu sempat disiapkan... kalau perlawanan pertama berlangsung di Stadium Perak maka kita terpaksa bermain sebelah petang," katanya kepada Bernama selepas merasmikan perlawanan bola sepak persahabatan Kelab Media Perak menentang Kelab Penyokong Perak di sini pada Sabtu.

Katanya MBI telah meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 bagi kerja menukar lampu mengikut spesifikasi yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Baru-baru ini, FAM mengeluarkan kenyataan tujuh daripada 14 pasukan bertanding terpaksa bermain pada sebelah petang untuk aksi di gelanggang sendiri kerana lampu di stadium tidak mencapai tahap pencahayaan minimum 800 lux seperti yang ditetapkan.

Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud, yang juga Ketua Jabatan Pertandingan FAM, berkata ia melibatkan enam stadium iaitu Stadium Sultan Muhammed IV (Kota Bharu), Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Kuala Terengganu), Stadium JCorp (Pasir Gudang), Stadium Perak (Ipoh), Stadium MBPJ (Kelana Jaya) dan Stadium Likas (Kota Kinabalu).

"Pada pemeriksaan pertama yang dilakukan 20 Dis lalu, pencahayaan lampu limpah di keenam-enam stadium ini didapati gagal mencapai tahap minimum 800 lux," kata Ahmad Fuad.

Zainol Padzi berkata MBI telah memilih kontraktor yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang berkenaan bagi memastikan ia dapat siap segera.

FAM telah menetapkan jika venue-venue terbabit masih gagal melepasi tahap minimum itu, maka aksi tempat sendiri bagi Kelantan, Terengganu, T-Team, Johor FC, Perak dan Harimau Muda A musim ini akan berlangsung pukul 4.45 petang manakala Sabah pada pukul 4.15 petang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan