suria

Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir Siri Super Masters

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir Kejohanan Siri Super Final Masters di Taiwan, Khamis walaupun tanpa jurulatihnya Datuk Misbun Sidek yang meletak jawatan minggu lepas.

Menurut laman web kejohanan, tournamentsoftware.com, Chong Wei melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Denmark Jan O Jorgensen 21-18, 21-13 dalam perlawanan keduanya dalam Kumpulan A.

Pada perlawanan pembukaan Rabu, Chong Wei menewaskan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-12, 21-17.

Beliau dijangka bertemu Boonsak Ponsana dalam saingan separuh akhir selepas pemain Thailand itu mengalahkan pemain China, Du Pengyu 13-21, 21-11, 21-19 dalam perlawanan kumpulan B.

Sementara itu, beregu bukan pilihan Chai Biao/Zhang Nan dari China melakukan kejutan besar apabila mengatasi beregu utama negara Koo Kean Keat/Tan Boon Heong dalam kumpulan A.

Beregu China itu mengalahkan Koo dan Tan 14-21, 21-15 dan 21-17 untuk melangkah ke separuh pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$500,000 (RM1.53 juta). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain