Arivalagan Mahu Puvaneswaran Ganti Beliau Sebagai Jurulatih Kebangsaan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih karate kebangsaan, P.Arivalagan mencadangkan anak didiknya, R.Puvaneswaran dilantik menggantikan beliau sebagai jurulatih negara yang baru kerana telah mencapai banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.

"Lebih baik Puvaneswaran sahaja diangkat sebagai jurulatih negara yang baru kerana dia merupakan jaguh peringkat Asia sebanyak lima kali, berbanding jurulatih Iran Vahid Khajeh Hosseini yang dua kali sahaja memegang juara Asia," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyebut persekutuan itu mengekalkan keputusan menggantikannya dengan Hosseini, dan Arivalagan akan diberikan tanggungjawab membimbing skuad junior.

Puvaneswaran telah mengumumkan persaraannya pada hujung tahun lalu selepas meraih pingat emas dalam acara Kumite di Sukan Asia di Guangzhou.

Arivalagan, 41, yang memegang jawatan itu sejak 2003 serta merupakan bekas atlet negara pada 1986 hingga 1999, kecewa dengan keputusan Makaf dan berharap Majlis Sukan Negara dapat memulihkan keadaan iaitu membuat keputusan yang baik berhubung pelantikan jurulatih Iran itu pada 25 Januari ini.

Pada Sukan Asia edisi Guangzhou, beliau dipuji kerana selain Puvaneswaran yang memenangi pingat emas, seorang lagi atlet karate negara iaitu Ku Jin Keat menyumbang pingat emas dalam acara Kata individu lelaki.

Selain itu, atlet kebangsaan bimbingan Arivalagan turut memenangi lapan pingat emas pada Sukan SEA 2007 dan Sukan SEA 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan