Fokus Chong Wei Tidak Terganggu

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DISEBALIK kemelut yang melanda jurulatih Datuk Misbun Sidek, prestasi pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak sedikit pun terjejas selepas menewaskan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Kejohanan Final Siri Super Masters di Taiwan, Rabu.

Jaguh badminton negara yang menjadi pemain pertama mempertahankan rekod bersih tanpa kalah dengan menundukkan Nguyen yang kali terakhir ditundukkan pada Terbuka hong Kong, November lalu.

Pertemuan selama 34 minit itu menyaksikan Chong Wei menang mudah 21-12, 21-17.

Pemain berusia 28 tahun itu dilihat berdepan laluan mudah ketika menghadapi pertemuan kedua pada Khamis apabila dijadualkan menentang Jan O Jorgensen dari Denmark.

Sementara itu, beregu utama negara, Tan Boon Heong-Koo Kean Kiet tumpas di tangan pilihan pertama dari Korea Selatan, Ko Sung hyun - Yoo Yeon Seong.

Pasangan beregu negara itu tewas 21-15, 22-20 dalam perlawanan yang berlangsung selama 34 minit.

Pada pertembungan hari ini (Khamis), Boon Heong-Kean Kiet dijangka menerima tentangan sengit daripada beregu China yang menduduki ranking kelapan dunia, Chai Biao dan Zhang Nan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan