suria

Mesyuarat Tergempar Makaf Malam Ini

KUALA LUMPUR: Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) akan mengadakan mesyuarat tergempar di Melaka malam Rabu bagi membincang isu jurulatih kebangsaan P.Arivalagan yang tidak disambung kontraknya.

Setiausaha agungnya Clement Soo berkata mesyuarat itu akan diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku presiden Makaf.

Katanya mesyuarat itu juga akan membincangkan mengenai ugutan atlet karate negara untuk keluar dari skuad kebangsaan berikutan tindakan Makaf untuk tidak menyambung kontrak Arivalagan.

"Saya yakin dengan kebijaksanan presiden untun menyelesaikan masalah ini dengan segera dan akan mengambil kira kepentingan negara," katanya Rabu.

Beliau juga berkata Mohd Ali turut bersetuju untuk bertemu dengan anggota skuad kebangsaan di kediamanya esok.

Semalam, majoriti atlet karate negara, yang terdiri daripada 20 atlet, termasuk sembilan atlet elit, didakwa bersetuju untuk keluar dari skuad kebangsaan sekiranya Makaf kekal dengan keputusan untuk menamatkan khidmat Arivalagan berkuat kuasa 31 Disember lepas.

Makaf menamatkan khidmat Arivalagan kerana dikatakan bercadang untuk menguna khidmat jurulatih dari Iran bagi meningkatkan lagi pencapaian atlet kebangsan dib peringkat antarabangsa.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain