Sukan Layar: Malaysia Layak Sertai 16 Pasukan Terbaik

Diterbitkan: Ahad, 2 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Malaysia mengalahkan juara bertahan, China untuk mengiringi 15 pasukan lain ke pusingan akhir saingan acara berpasukan Kejohanan Layar Internasional Optimist Dinghy Association (IODA) Dunia 2010/2011 yang sedang belangsung di Kompleks Perahu Layar Kebangsaan di sini, Ahad.

Malaysia dibarisi Faizal Norizan, pemenang pingat perak Sukan Asia 2010, di China baru-baru ini, Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan, Ahmad Syukri Aziz, Mohd Isan Ali dan Nurul Ezzatul Akmal Mohd Ruzaimi.

Jurulatih skuad pelayaran Malaysia, Mohd Shahir Abdul Rahim berkata, keadaan cuaca baik dengan tiupan angin antara lapan hingga 10 knot turut membantu skuad negara.

Katanya Malaysia mensasarkan kedudukan tiga terbaik dalam pusingan akhir.

"Kita bertekad mencapai kejayaan cemerlang setelah berjaya melayakkan diri," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Sebelum itu Malaysia turut mengalahkan Itali.

Pengurus kejohanan itu, Mohd Afendy Abdullah berkata sebanyak 16 dari 48 pasukan layak bertanding ke peringkat akhir esok untuk menentukan kejuaraan.

Katanya selain Malaysia antara yang layak ialah Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, Jerman, Peru, Chile dan Finland.

Sementara itu, pelayar negara Ahmad Syukri Abdul Aziz hanya mampu menduduki tangga kelima setelah menamatkan lapan perlumbaan acara individu.

Bagi kategori individu wanita, juara bertahan Noppakao Poonpat dari Thailand masih menjadi pendahulu dengan rakan senegaranya Jirawat Jadklay di tempat kedua manakala Odile Van Aanholt dari Netherland Antilles di tangga ketiga.

Baki tujuh lagi perlumbaan akan menentukan kejuaraan individu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan