Pemain Muda Dan Baru Warnai Skuad Singa Utara

Diterbitkan: Ahad, 2 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Wajah-wajah baru dan muda membarisi pasukan liga super Perlis musim ini namun Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) tetap yakin dengan kemampuan mereka.

Presiden PFA Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata walaupun langkah persatuan itu dianggap berisiko tinggi namun menurutnya, pemain muda juga mampu membawa cabaran besar itu.

Walaupun barisan pemain muda Perlis belum berjenama namun mereka mempunyai pelbagai kelebihan termasuk stamina yang tinggi, katanya kepada pemberita selepas majlis "Malam Singa Utara" di sini malam semalam.

Pada majlis itu, 24 pemain bola sepak Perlis termasuk 15 muka baru yang ada antaranya berumur bawah 20 tahun, menandatangani kontrak untuk membawa cabaran skuad Singa Utara dalam Liga Super.

Shahidan berkata kebolehan pemain berumur bawah 20 tahun tidak boleh dianggap remeh dan beliau yakin mereka bakal muncul sebagai pemain berjenama di bawah bimbingan jurulatih Mosthakeen Omar.

Mosthakeen akan digandingkan dengan Azamri Zali sebagai penolong jurulatih manakala seorang ahli perniagaan, Azahar Ahmad dilantik sebagai pengurus dan Hamunir Hamzah sebagai penolong pengurus.

Senarai penuh pemain:

Azmizi Azmi, Hairol Fazreen Abu Hassan, Phul Sakh a/l Lom, Mohd Faiz Subri, Wan Khairul Faiz Kamaruddin, Mohd Amirul Subri, Muhamad Alif Aswat Baharin, Wan Mohd Syukri Wan Ahmad, Mohd Hafiz Abu Bakar, Mohd Hazwan Zainun, Hizbullah Awang, Muhammad Munawwar Shvukath Ali, Samransak a/l Kram, Mohd Farizal Rozali, Mohd Hisyam Mohd Shofi, Hadi Syahmi Hamzah, Mohd Fadli Baharum, Mohd Sany Mat Isa, Syed Mohd Abd Ghafar Syed Amir, Mohd Rozaidi Abd Rahim, Muhammad Ezat Emir Harizam, Wan Raim Othman, Mohd Hafiszuan Salehuddin dan Reza Iqrimal Redzawan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan