Ahmad Shabery Terkejut Misbun Letak Jawatan, Akan Dengar Penjelasan Kedua-dua Pihak

Diterbitkan: Ahad, 2 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pihak terlibat berhubung peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih perseorangan badminton negara.

Beliau yang terkejut dengan laporan itu berkata ketika dihubungi, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan kepadanya bahawa tidak ada alasan diberikan Misbun.

"Jadi, apabila tiada alasan kemungkinan Misbun mempunyai alasan tersendiri. Saya akan dapatkan maklumat daripada BAM, kebetulan pula Presidennya (Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh) berada di luar negara. Saya akan tunggu laporan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita, di sini Ahad.

Ahmad Shabery diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik Pengurus Besar BAM, Kenny Goh sebagai mengesahkan Misbun meletakkan jawatan menerusi satu surat bertarikh 31 Dis yang dihantar melalui emel ke pejabat BAM.

Goh bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu. Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata beliau juga akan mendapatkan penjelasan daripada Misbun bagi mengenal pasti punca sebenar bekas jaguh badminton negara itu bertindak demikian.

"Apakah keadaan sebenar yang berlaku, apakah peletakan jawatan itu biasa atau ada perkara yang tidak kena dalam pengurusan terutama dalam program latihan yang ditentukan.

"Ini kerana saya sangat percaya apapun tindakan yang dilakukan oleh Misbun adalah berasaskan kepada kepentingan negara kerana kepentingan negara mesti diletakkan di atas segala-galanya," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meminta Misbun menangguhkan peletakan jawatan itu, Ahmad Shabery berkata beliau perlu mendengar penjelasan kedua-dua pihak sebelum mengambil sebarang tindakan.

Bagaimanapun kata Ahmad Shabery, pihaknya akan memastikan prestasi badminton negara tidak terjejas sekiranya Misbun tetap dengan keputusannya. Beliau juga memberi jaminan persiapan 'Road To London' juga akan diteruskan seperti biasa.

Mengenai kebimbangan beberapa pemain akan menarik diri daripada BAM berikutan tindakan Misbun, beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan itu.

Menerusi bimbingan Misbun, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan All England tahun lepas serta meraih pingat emas pada Temasya Olimpik Beijing 2008. Misbun juga membimbing Mohd Hafiz Hashim ketika menjuarai All England pada 2003. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan