suria

Puvaneswaran Umum Bersara Sebelum Jadi Jurulatih

SEPANG: Jaguh karate negara R.Puvaneswaran mengumumkan persaraannya daripada sukan itu setelah impiannya untuk meraih pingat emas tercapai pada Sukan Asia di Guangzhou minggu lepas.

Pemenang acara kumite lelaki bawah 55kg di Sukan Asia Guangzhou itu berkata beliau bercadang untuk memanfaatkan tempoh persaraannya untuk berehat panjang bersama keluarga sebelum memulakan tugas sebagai jurulatih.

Katanya beliau telah berusaha secara bersungguh-sungguh sejak empat tahun lepas bagi mencapai impian memperoleh pingat emas di Guangzhou setelah pada Sukan Asia sebelumnya di Doha, Qatar, pada 2005.

"Setelah mengalami kepenatan dari segi mental sejak empat tahun lepas, saya perlu berehat secukupnya dan memberi lebih masa kepada keluarga," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu tiba di KLIA semalam. Puvaneswaran, 36, berharap dapat membantu lebih ramai atlet karate muda untuk ke peringkat antarabangsa apabila bergelar jurulatih kelak.

Puvaneswaran telah menyertai lima Sukan Asia berturut-turut sejak 1994.

Beliau memenangi pingat gangsa di Hiroshima pada 1994, pingat emas di Busan 2002 dan pingat perak di Doha 2006.

Dia gagal membawa pulang sebarang pingat dari Bangkok pada 1998 selepas penyertaannya dibatalkan pada pusingan kedua apabila tidak sengaja menumbuk lawan di kerongkong.-BERNAMA

Artikel Sebelum

West Ham Belasah United 4-0

Artikel Berikut

Artikel Lain