Presiden OCA Puji Guangzhou Berjaya Anjur Sukan Asia Ke-16

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Majlis Olimpik Asia (OCA) memuji Guangzhou kerana berjaya menganjurkan Sukan Asia ke-16 dengan cemerlang.

"Saya secara rasmi mengumumkan Sukan Asia Guangzhou satu kejayaan dan merupakan antara yang terbaik dalam keseluruhan temasya Sukan Asia, kata Presiden OCA Sheikh Ahmed Al Fahad Al Sabah pada satu sidang akhbar di Pusat Media Utama di sini, Sabtu.

Beliau berkata bandar di selatan China itu berhasil menunjukkan penganjuran temasya selama dua minggu itu tidak kurang hebatnya berbanding Sukan Olimpik Beijing 2008.

"Menjadikan penganjuran kejohanan ini lebih baik adalah tugas kami. Beberapa pegawai OCA memberitahu saya bahawa acara pembukaan Sukan Asia Guangzhou mungkin lebih baik daripada Sukan Olimpik Beijing. Perkampungan atlet dan kemudahan yang disediakan lebih baik dari Beijing.

"Setiap temasya sukan mempunyai matlamat serta syarat-syarat tersendiri, dan (penganjuran Sukan Asia) Guangzhou merupakan satu kejayaan besar," kata Sheikh Ahmad.

Lebih 10,000 atlet dari 45 negara dan wilayah menyertai 42 jenis sukan yang dipertandingkan kali ini.

Sepanjang temasya Sukan Asia selama dua minggu, 36 negara tersenarai dalam carta pungutan pingat dengan 28 negara memperoleh sekurang-kurangnya satu pingat emas.

Setakat ini, dua atlet, kedua-duanya dari Uzbekistan positif ujian dadah methylhexaneamine iaitu atlet gusti Jakhongir Muminov dan atlet judo Shokir Muminov.

Tiga rekod dunia dipecahkan iaitu dua dalam acara angkat berat dan satu dalam acara memanah manakala 103 rekod baru Asia dicatatkan.

Dalam acara akhir hari ini, lima pingat emas menjadi rebutan iaitu dalam acara marathon, bola tampar dan sepak takraw. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan