Malaysia Capai Sasaran Tetapi Masih Buru Pingat Ke-10

Diterbitkan: Jumaat, 26 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Malaysia berjaya menepati sasaran sembilan emas pada Sukan Asia ke-16 di sini apabila pasukan skuasy wanita menewaskan Hong Kong 2-0 pada perlawanan akhir Khamis.

Pasukan Malaysia yang diketuai pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David, Low Wee Wern, Delia Arnold dan Sharon Wee mengalahkan Hong Kong untuk merangkul kilauan emas yang dinanti-nantikan oleh kem negara.

Malaysia mungkin melepasi sasaran jika tidak atas kekalahan yang tidak diduga oleh pasukan skuasy lelaki di tangan Pakistan manakala pasukan hoki lelaki juga terlepas peluang untuk mengulangi persembahan menakjubkan selepas tunduk 0-2 kepada Pakistan.

Selain tewas, skuad hoki itu terlepas peluang untuk menempah tiket automatik ke Sukan Olimpik London 2012 tetapi sebagai hadiah sagu hati, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mengumumkan bahawa skuad itu kini disenaraikan dalam program 'Road to London 2012'.

Hoki menjadi pasukan pertama diserapkan dalam program persediaan khas itu selepas 21 atlet iaitu lapan dari sukan badminton, berbasikal acara trek (5) dan empat masing-masing dari sukan akuatik (terjun) dan memanah.

Kontinjen negara pada hari ke-13 temasya itu Khamis, menambah satu emas, tiga perak dan dua gangsa bagi menjadikan kutipan keseluruhan sembilan emas, 17 perak dan 13 gangsa untuk menduduki tangga kesembilan dalam carta kutipan pingat keseluruhan.

Dalam pada itu, persembahan hambar atlet negara terus menghantui sukan olahraga apabila pelari lompat berpagar Noraseela Khalid, yang mengikuti latihan di Jerman dan Afrika Selatan hampir 10 tahun, hanya mampu tempat kelima dengan catatan masa ang lemah iaitu 57.22s.

Majlis Sukan Negara (MSN) telah mendesak supaya Noraseela dihantar ke temasya itu walaupun Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) ragu dengan kehadirannya di sini selepas gagal melepasi masa kelayakan.

Tuan rumah China terus mendominasi dengan kutipan 180 emas, 103 perak dan 91 gangsa, diikuti Korea Selatan (72, 60, 85) dan Jepun (39, 68, 86).

Walaupun mencapai sasaran, atlet negara masih dahagakan satu atau dua butir emas pada hari-hari terakhir temasya itu.

Hari ini, gimnas Elaine Koon dan Nur Hidayah Abdul Wahid akan menggalas cabaran dalam acara gimrama, Mohd Hatta Mahamut dan G. Yamini (karate), Yee Yi Leng, Nurul Sarah Abd Kadir, Norjannah Hafiszah Jamaludin, Siti Zubaidah Adabi (4x100m wanita).

Ng Yen Yee, Leong Mun Yee (3m papan anjal wanita), Bryan Nickson Lomas dan Ooi Tze Liang dalam acara 10m platform lelaki. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan