suria

Hoki Wanita Berjaya Ke Pusingan Kelayakan Sukan Olimpik

SEPANG: Pasukan hoki wanita negara berjaya melayakkan diri ke pusingan kelayakan BAGI merebut tiket ke temasya Sukan Olimpik 2012 di London, England.

Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Wanita Malaysia (PHWM), Dr S.Shamala berkata pertandingan kelayakan itu dijadual bermula awal 2012.

Malaysia layak ke pusingan kelayakan Olimpik selepas menduduki tempat kelima pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China, selepas menewaskan Thailand 3-0 dalam perlawanan menentukan kedudukan.

Juara dan naib juara Sukan Asia layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 manakala pasukan di tempat ketiga hingga keenam akan bersaing dalam pusingan kelayakan zon Asia, kata Shamala kepada Bernama ketika menunggu kepulangan skuad itu dari Guangzhou di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis.

Katanya sebagai langkah persediaan menghadapi pusingan kelayakan, PHWM bercadang menganjurkan pertandingan persahabatan empat negara di antaranya negara India dan China. - BERNAMA

Artikel Lain