Sukan Asia: Pakistan Sekat Keinginan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Pakistan menafikan usaha Malaysia menyapu bersih semua pingat emas dalam acara skuasy pada Sukan Asia ke-16 di sini apabila memenangi emas acara berpasukan lelaki, Khamis.

Pakistan menumpaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan akhir di Gimnasium Bandar Sukan Asia di sini setelah Farhan Mehboob menewaskan Ong Beng Hee 11-4, 11-4, 11-7 dalam masa 23 minit.

Pemain muda Aamir Atlas Khan, 20, melakukan kejutan apabila menundukkan pemenang emas perseorangan Mohd Azlan Iskandar 14-12, 15-13, 11-4 dalam masa 42 minit untuk mengesahkan pingat emas kedua Pakistan.

"Malangnya, kami terlepas pingat emas apabila sudah menghampirinya. Kami harap sekiranya Azlan menang, kami yakin Mohd Nafiizwan Mohd Adnan boleh menewaskan pemain nombor tiga Pakistan.

"Saya turun hari ini atas alasan teknikal. Saya mengalami keracunan makanan sejajak beberapa hari lalu dan sebab itu saya tidak turun semasa menentang India dalam perlawanan kumpulan dan Hong Kong pada saingan separuh akhir," kata Beng Hee, selaku ketua pasukan.

Mohd Azlan berkata beliau berasa amat kecewa kerana gagal membantu menyumbang pingat emas untuk negara.

"Tiada apa-apa yang boleh saya katakan masa ini. Saya tahu saya perlu memang supaya mencerahkan peluang emas tetapi Aamir memberi persembahan baik sekali," katanya.

India dan Hong Kong masing-masing memperoleh pingat gangsa selepas tewas dalam separuh akhir.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan