suria

Dua Pemain Iran Lengkapkan Pencalonan Anugerah AFC 2010

KUALA LUMPUR: Dua pemain Iran, Farhad Majidi (Iran/ Kelab Esteghlal, Iran) dan Farshid Talebi (Iran/ Kelab Zob Ahan) mendahului pencalonan Anugerah Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) yang bakal berlangsung di Hotel Sunway Resort dan Spa, petang Rabu.

Turut mengisi tiga lagi kekosongan pencalonan yang diadakan setiap tahun ini ialah Bader Al Mutawa (Kuwait/Al Qadsia, Kuwait), Husain Salman (Bahrain/ Kelab Al Riffa) dan Sasa Ognenovski (Australia/ Seongnam Ilhwa Chunma, Republik Korea).

Ognenovski merupakan kapten pasukan Seongnam Ilhwa yang telah memainkan peranan penting menjulang gelaran Liga Juara AFC di Tokyo minggu lalu.

Sementara itu, Al Mutawa yang telepas peluang meraih anugerah ini pada tahun 2006 menjadi pemain penting pada perlawanan Al Qadsia biarpun tewas 4-2 kepada Al Ittihad (Syria), melalui sepakan penalti.

Walaupun pasukan Esteghlal gagal berada dalam 16 kelompok terbaik pada Liga Juara AFC, namun Farhad telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang beraksi pada perlawanan itu.

Bagi kategori wanita pula, pemain Jepun, Hamare Sawa berpeluang mengekalkan anugerah yang dimenanginya tahun 2008 biarpun mendapat saingan daripada calon dari Australia, Kathryn Anne Gill dan Jo Yun-Mi (DPR Korea).

Kategori anugerah ini tidak diadakan pada tahun lalu.

Selain itu, Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak akan dianugerahkan AFC Diamond of Asia sebagai penghargaan terhadap sumbangan cemerlang beliau dalam memajukan sukan itu.

Pemberian anugerah ini merupakan suatu cara AFC mengiktiraf perkhidmatan cemerlang yang diberi oleh penerimanya.

“Jawatankuasa Eksekutif AFC membuat keputusan memberi penghormatan ini kepada Perdana Menteri bagi menghargai sokongan berterusan beliau kepada AFC melalui kedudukannya, pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian sebagai Perdana Menteri selepas menyandang jawatan tertinggi di Malaysia itu pada 3 April tahun lepas.

“Kami (Jawatankuasa Eksekutif AFC) berpendapat dunia bola sepak Asia banyak mendapat manfaat melalui bantuan dan sokongan Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Presiden AFC Mohamed Bin Hammam dalm satu kenyataan baru-baru ini.

Malaysia menjadi tuan rumah AFC sejak 1965 dan beliau memainkan peranan penting dalam penganugerahan status istimewa kepada AFC di negara ini, kata beliau.

Mohamed berkata sumbangan Najib dalam memajukan sukan itu di benua Asia serta keazaman beliau untuk membawa bola sepak Asia ke persada lebih gemilang sewajarnya diiktiraf oleh semua pemegang kepentingan dalam sukan berkenaan.

Penerima anugerah ini diberi kedudukan terhormat dalam AFC dan tarafnya setakah lebih rendah daripada Jawatankuasa Eksekutif AFC dalam aturan dan hierarki persatuan itu.

Senarai Penerima/Pencalonan Anugerah AFC 2010:

AFC DIAMOND OF ASIA

Datuk Sri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia)

AFC DREAM ASIA

Datuk Sri Dr. Chung Mong-joon

Dr Kwak Chung-hwan

Persekutuan Bola Sepak Australia

PERSATUAN BOLA SEPAK TERBAIK

Persekutuan Bola Sepak Australia

Persekutuan Bola Sepak Iran

Persatuan Bola Sepak Jepun

PERSATUAN FAIR PLAY

Persatuan Bola Sepak China

Persekutuan Bola Sepak Iran

Persatuan Bola Sepak Jepun

KELAB TERBAIK

Al Ittihad (Syria) Seongnam Ilhwa Chunma (Republik Korea)

Zob Ahan (Iran)

PASUKAN FUTSAL TERBAIK

Iran

Jepun

Uzbekistan

PASUKAN KEBANGSAAN TERBAIK

Australia Jepun

Republik Korea

PASUKAN WANITA TERBAIK

Australia

DPR Korea

Republik Korea B-17

PEMBANTU PENGADIL TERBAIK (LELAKI)

Bahadyr Kochkarov (Kyrgyzstan)

Rafael Ilyasov (Uzbekistan)

Toru Sagara (Jepun)

PEMBANTU PENGADIL TERBAIK (WANITA)

Ho Sarah May Yee (Australia)

Kim Kyong-min (Republik Korea)

Shiho Ayukai (Jepun)

PENGADIL LELAKI TERBAIK

Khalil Al Ghamdi (Saudi Arabia)

Ravshan Irmatov (Uzbekistan) Yuichi Nishimura (Japan)

PENGADIL WANITA TERBAIK

Hong Eun-ah (Republik Korea) Kamnueng Pannipar (Thailand) Sachiko Yamagishi (Jepun)

JURULATIH LELAKI

Huh Jung-moo (Republik Korea/Pasukan Kebangsaan Republik Korea)

Shin Tae-yong (Republik Korea Republic/Kelab Seongnam Ilhwa Chunma club)

Takeshi Okada (Jepun)

JURULATIH WANITA TERBAIK

Kim Tae-hee (Korea Republic women’s U-17 team assistant coach) Ri Ae-gyong (DPR Korea women’s national team assistant coach)

Shahrzad Mozafar (Iran women’s national team coach)

PEMAIN REMAJA LELAKI TERBAIK

Hong Chul (Korea Republic)

Jong Il-gwan (DPR Korea)

Timur Khakimov (Uzbekistan)

PEMAIN REMAJA WANITA TERBAIK

Ji So-yun (Korea Republic) Kumi Yokoyama (Japan)

Yeo Min-ji (Korea Republic)

PEMAIN TERBAIK FUTSAL (L)

Mohammad Taheri (Iran)

Rustam Umarov (Uzbekistan) Vahid Shamsaee (Iran)

PEMAIN TERBAIK AFC (L)

Bader Al Mutawa (Kuwait/Al Qadsia, Kuwait)

Farhad Majidi (Iran/ Esteghlal, Iran)

Farshid Talebi (Iran/ Zob Ahan, Iran)

Husain Salman (Bahrain/ Al Riffa, Bahrain)

Sasa Ognenovski (Australia/ Seongnam Ilhwa Chunma, Korea Republic)

PEMAIN TERBAIK AFC (W)

Homare Sawa (Japan)

Jo Yun-mi (DPR Korea)

Kathryn Anne Gill (Australia)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain