suria

Pasukan Kabaddi Alami Kekalahan Kedua

GUANGZHOU: Pasukan kabaddi lelaki negara tewas 38-48 kepada Bangladesh dalam perlawanan Kumpulan B Sukan Asia ke-16 di sini, Selasa.

Bangladesh, pemenang pingat gangsa pada Sukan Asia yang lepas di Doha, mendahului 26-17 pada separuh pertama.

Ini merupakan kekalahan kedua Malaysia selepas tunduk 27-51 kepada Pakistan semalam.

Ketua pasukan R.Jeevan berkata beberapa pemain utama negara cedera dalam pertarungan dengan Pakistan semalam dan ini menjejaskan prestasi pasukan.

"Kita telah melakukan beberapa kesilapan. Lagipun Bangladesh bermain lebih pantas," katanya.

Jeevan berharap Malaysia akan meraih kemenangan pertamanya Rabu apabila bertemu Jepun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gallas Kapten Baru Spurs

Artikel Lain