Paralimpiad: Sarawak Kuasai Kutipan Pingat Emas Hari Kedua

Diterbitkan: Selasa, 23 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sarawak menguasai temasya Sukan Paralimpiad ke-15 apabila menungguli carta kutipan pingat pada hari kedua saingan di sini, Isnin.

Selepas gagal memburu pingat semalam, atlet Sarawak bangkit untuk menyerlah dalam majoriti acara yang dipertandingkan dengan mengumpul 20 butir emas termasuk 15 dari kolam renang.

Sarawak juga menambah 19 pingat perak dan 24 pingat gangsa menerusi acara renang, olahraga, boling dan badminton.

Johor pula berada di tangga kedua carta pungutan pingat dengan 14 emas, lapan perak dan dua gangsa.

Johor menambah 13 pingat emas pada Isnin, sembilan daripadanya diperolehi menerusi acara olahraga antaranya 100m lelaki T20, 4x100m lelaki T11-T13 dan lontar peluru lelaki F13.

Johor juga menambah tujuh pingat perak dan dua gangsa menerusi acara olahraga, renang, berbasikal, boling dan petanque.

Selangor memperolehi lapan pingat emas, empat pingat perak dan 10 pingat gangsa manakala Kuala Lumpur pula memperolehi enam pingat emas, enam pingat perak dan 16 pingat gangsa, Isnin.

Pulau Pinang berjaya meraih lima pingat emas manakala tuan rumah Melaka menambah empat lagi pingat emas.

Kedah, Perak dan Terengganu masing-masing memperolehi dua pingat emas manakala Kelantan, Labuan, Sabah dan Perlis masing-masing meraih sebutir pingat emas, Isnin.

Semalam, Johor, Perak dan tuan rumah Melaka masing-masing berjaya memperolehi sebutir pingat emas.

Sukan Paralimpiad selama enam hari bermula semalam menawarkan 1,750 pingat, daripada jumlah itu sebanyak 571 pingat emas, perak (571) dan gangsa (608) yang akan dilangsungkan di 16 venue.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan