Mun Yee, Yan Yee Kutip Pingat Perak Dalam Acara Terjun

Diterbitkan: Selasa, 23 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Penerjun negara Leong Mun Yee memperbaiki pencapaian gangsa pada Sukan Asia edisi 2002 dan 2006 lalu dengan merangkul pingat perak dalam acara terjun seirama pada Sukan Asia ke-16 di sini, Isnin.

Mun Yee, yang berganding dengan Ng Yan Yee, memperoleh pingat perak apabila mengumpul 279.90 mata dalam acara 3m papan anjal seirama.

Walaupun memberikan persembahan baik, Mun Yee-Yen Yee terpaksa akur dengan terjunan oleh pemenang pingat emas, Shi Tingmao/Wang Han dari China yang mengumpul of 315.60 mata.

Pingat gangsa milik pasangan Jepun, Mai Nakagawa/Sayaka Shibusawa, yang mengumpul 277.50 mata.

"Saya amat bangga sekali untuk memenangi pingat ini. Ini merupakan pingat perak pertama dalam Sukan Asia," kata Mun Yee.

Katanya pesaing dari negara lain amat mantap khususnya pasangan tuan rumah, China.

Pada Sukan Asia Busan 2002 di Korea Selatan, Mun Yee memperoleh pingat gangsa dalam acara sama selepas berganding dengan Farah Begum Abdullah dan empat tahun kemudian di Doha, Oatar, beliau berganding dengan Elizabeth Jimie untuk mengutip pingat gangsa.

Sementara bagi Yan Yee, pencapaian pingat perak itu tidak dijangkakan sama sekali.

"Ini adalah kali pertama saya mengambil bahagian pada Sukan Asia dan amat bangga sekali untuk mengutip pingat perak," katanya.

China dijangka sekali lagi mendominasi acara terjun pada temasya kali selepas menyapu bersih kesemua 10 emas yang dipertandingkan pada Sukan Asia 2006 di Doha. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan