Khairul Nizam Bergegas Pulang Duduki SPM

Diterbitkan: Selasa, 23 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelayar elit negara Khairul Nizam Mohd Afendy bergegas pulang dari Guangzhou, China untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Selasa.

Khairul Nizam, 17, tiba di Langkawi malam tadi bagi menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini, yang bermula dengan kertas Bahasa Malaysia pagi ini.

"Saya mengambil peluang masa lapang ketika menyertai Sukan Asia untuk mengulang kaji pelajaran," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Selepas peperiksaan itu, Khairul Nizam akan kembali menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan SEA di Indonesia tahun depan.

Beliau bertekad untuk mencapai kejayaan pada temasya sukan itu selepas gagal meraih sebarang pingat dalam acara Laser Standard pada Sukan Asia ke-16, dan hanya berjaya menduduki tempat keempat.

Skuad pelayaran Malaysia menyumbang dua perak dan satu gangsa setelah berakhirnya acara pelayaran. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan