suria

Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tarik 250 Pemain

PETALING JAYA: Seramai 250 pemain tenis akan menyertai Kejohanan Terbuka Remaja Antarabangsa Genting-Selangor kelapan bermula Khamis ini.

Kejohanan anjuran Persatuan Tenis Selangor (STA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu akan diadakan di Kompleks Sukan MBPJ, Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Kelana Jaya dan Kompleks Sukan Astaka Petaling Jaya.

Presiden STA Datuk Abdul Malik Mohd Salleh berkata pada kejohanan lima hari itu, kategori bawah 18 tahun dibatalkan kerana kurang mendapat sambutan disebabkan ramai pemain menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula, Selasa.

"Namun, ia tidak menjejaskan jumlah penyertaan pemain kerana pada tahun ini kita menerima penyertaan dalam negeri yang ramai berbanding tahun lepas terutamanya dari Selangor dan Kuala Lumpur," katanya.

Terdapat 11 pemain dari Singapura, Filipina, India dan Indonesia selain 239 pemain tempatan mewakili 11 negeri bersaing dalam empat kategori bagi lelaki dan perempuan iaitu bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gallas Kapten Baru Spurs

Artikel Lain