Sukan Asia: Mun Yee, Yan Yee Kutip Pingat Perak Dalam Acara Terjun

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Penerjun negara Leong Mun Yee memperbaiki pencapaian gangsa pada Sukan Asia edisi 2002 dan 2006 lalu dengan merangkul pingat perak dalam acara terjun seirama pada Sukan Asia ke-16 di sini hari ini.

Mun Yee, yang berganding dengan Ng Yan Yee, memperoleh pingat perak apabila mengumpul 279.90 mata dalam acara 3m papan anjal seirama.

Walaupun memberikan persembahan baik, Mun Yee-Yen Yee terpaksa akur dengan terjunan oleh pemenang pingat emas, Shi Tingmao/Wang Han dari China yang mengumpul of 315.60 mata.

Pingat gangsa milik pasangan Jepun, Mai Nakagawa/Sayaka Shibusawa, yang mengumpul 277.50 mata.

"Saya amat bangga sekali untuk memenangi pingat ini. Ini merupakan pingat perak pertama dalam Sukan Asia," kata Mun Yee.

Katanya pesaing dari negara lain amat mantap khususnya pasangan tuan rumah, China.

Pada Sukan Asia Busan 2002 di Korea Selatan, Mun Yee memperoleh pingat gangsa dalam acara sama selepas berganding dengan Farah begum Abdullah dan empat tahun kemudian di Doha, Oatar, beliau berganding dengan Elizabeth Jimie untuk mengutip pingat gangsa.

Sementara bagi Yan Yee, pencapaian pingat perak itu tidak dijangkakan sama sekali. "Ini adalah kali pertama saya mengambil bahagian pada Sukan Asia dan amat bangga sekali untuk mengutip pingat perak," katanya.

China dijangka sekali lagi mendominasi acara terjun pada temasya kali selepas menyapu bersih kesemua 10 emas yang dipertandingkan pada Sukan Asia 2006 di Doha. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan