suria

Tuanku Mizan Dijangka Ambil Bahagian Pada Piala Pertabalan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan kapal layar Piala Pertabalan di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, pada 30 Nov ini.

Piala Pertabalan (Coronation Cup) tahun ini akan menjadi pembuka tirai kepada Piala Monsun di Pulau Duyong dari 30 Nov hingga 5 Dis ini.

Menurut kenyataan Ahad, pihak penganjur, T-Best Events Sdn Bhd, setiap pasukan pada kejohanan Piala Pertabalan akan disertai oleh tiga orang kenamaan dan dibantu oleh lima pelayar profesional.

Antara juragan yang mengesahkan penyertaan pada Piala Monsun tahun ini ialah penasihat Piala Monsun Datuk Peter Gilmour dari pasukan YANMAR Racing, Mathieu Richard (Match Racing Perancis), Adam Minoprio (NZ ETNZ/Black Match Racing), Ben Ainslie (Britain TEAMORIGIN).

Torvar Mirsky (Australia Mirsky Racing), Ian Williams (Britain GAC Pindar), Jesper Radich (Denmark Radich Racing) dan Francesco Bruni dari pasukan Itali Azzurra.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain